Saturday , 18 November 2017

Home » Nasional » UMNO,Hanya Yang Terbaik Akan Dipilih -Johari

UMNO,Hanya Yang Terbaik Akan Dipilih -Johari

August 6, 2017 9:12 am Category: Nasional, Politik A+ / A-
UMNO,Hanya Yang Terbaik Akan Dipilih -Johari

Datuk Seri Johari Abdul Ghani.merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor di sini semalam.

KUALA SELANGOR, 6 Ogos Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan pada semua ahli UMNO walau dimana sekalipun jangan sesekali meninggalkan parti sekiranya tidak dicalonkan.

Anggota UMNO diberitahu untuk tidak meninggalkan parti jika mereka tidak dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi sebagai calon pada pilihan raya umum ke-14, kata anggota majlis tertinggi UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani ini adalah Kerana kita inginkan yang terbaik bagi ahli UMNO semuanya.

Beliau berkata adalah mustahil untuk menawarkan kepada semua ahli untuk menjadi calon kerana hanya yang terbaik dalam parti akan dipilih.

“Dalam politik, kita tidak menawarkan kepada semua orang untuk menjadi calon. Hanya mereka yang dipilih sebagai yang terbaik oleh parti kita meletakkan sebagai calon.

“Kita perlu bekerjasama dengan semua parti komponen Barisan Nasional untuk memastikan kestabilan politik di negara ini supaya rakyat Malaysia boleh hidup dalam suasana harmoni,” kata Johari kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor Datuk Ishak Harun dan anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, yang juga anggota majlis tertinggi UMNO.

Johari, yang juga Menteri Kewangan Kedua mengingatkan anggota UMNO di semua peringkat supaya terus berjuang dalam parti dengan sepenuh hati walaupun jika mereka tidak dipilih sebagai calon.

— BERNAMA

scroll to top