Friday , 16 November 2018

Home » Bisnes » Unit Yinson Holdings meterai perjanjian

Unit Yinson Holdings meterai perjanjian

June 14, 2018 12:20 pm Category: Bisnes A+ / A-
Unit Yinson Holdings meterai perjanjian

KUALA LUMPUR,. Unit Yinson Holdings Bhd, Yinson Production Pte Ltd (YPPL), menandatangani perjanjian dengan Yinson Operations & Production West Africa Ltd (YOPWAL) dan First Exploration & Petroleum Development Company Ltd (First E&P), untuk terbabit dalam bekalan dan sewaan berpotensi unit penyimpanan storan dan pemunggahan terapung di Nigeria.

YOPWAL ialah syarikat sekutunya manakala First E&P pula ialah syarikat minyak dan gas Nigeria yang ditubuhkan pada 2011 yang memulakan operasi perniagaan komersial secara rasmi pada 2012, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Perjanjian itu bertujuan mewujudkan hubungan eksklusif bersama antara pihak terbabit serta memudahkan rundingan eksklusif bagi penyediaan dan operasi penyimpanan terapung dan pemunggahan di lapangan,” katanya.

— BERNAMA

scroll to top