Wednesday , 22 August 2018

Home » Bisnes » Untung New York Times melonjak

Untung New York Times melonjak

February 9, 2018 12:22 pm Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Untung New York Times melonjak

The New York Times Co

NEW YORK,. The New York Times Co menggembirakan pelaburnya dengan keuntungan dan pendapatannya melonjak disokong peningkatan langganan digital.

Perkara itu menjadi satu pemulihan nasib kepada The New York Times yang goyah selepas orang ramai kurang membeli surat khabar.

Saham penerbit itu melonjak sebanyak 13.8 peratus kepada AS$25.20 (RM99.31), tertinggi sejak Julai 2007.

The New York Times menawarkan lebih banyak diskaun untuk menarik pelanggan berbayar bagi kandungan dalam talian, selain pakej langganan yang menarik dengan akses kepada teka silang kata dan resipi masakan.

Syarikat itu menambah 157,000 pelanggan digital pada suku tahun berakhir pada 31 Disember, dengan jumlah keseluruhan melebihi 2.5 juta.

Pendapatan daripada langganan produk digital termasuk berita, teka silang kata dan Resipi Masakan NYT meningkat 51.2 peratus kepada AS$96.3 juta (RM379.6 juta)

“The New York Times bagi langganan digital menerajui rakan-rakan industri penerbitan lain,” kata Penganalisis di Huber Research Partners, Craig Huber.

Langganan pada suku tahun ini juga mendapat rangsangan daripada liputan akhbar laporan gangguan seksual Harvey Weinstein yang membantu syarikat meraih pendapatan langganan tahunan tertinggi berjumlah AS$1 bilion (RM3.94 bilion).

Ketua Pegawai Eksekutif The New York Times, Mark Thompson, berkata akhbar itu juga mendapat manfaat daripada inisiatif Facebook Inc yang mengutamakan saluran berita berkualiti tinggi untuk dipaparkan dalam media sosialnya bagi menentang berita palsu dan sensasi.

Bagaimanapun, perniagaan percetakan The New York Times terus susut pada suku keempat.

– Reuters

scroll to top