Friday , 23 February 2018

Home » Bencana » Usaha mencari feri hilang diteruskan

Usaha mencari feri hilang diteruskan

January 27, 2018 8:00 am Category: Bencana, Dunia A+ / A-
Usaha mencari feri hilang diteruskan

Misi mencari dan menyelamat sebuah feri yang dilaporkan hilang lebih seminggu lalu dengan 50 penumpang di Kiribati masih diteruskan.- Foto AFP

WELLINGTON,. Misi mencari dan menyelamat sebuah feri yang dilaporkan hilang lebih seminggu lalu dengan 50 penumpang di Kiribati masih diteruskan.

Pegawai Pusat Penyelarasan Penyelamat New Zealand, John Ashby, berkata feri antara pulau dikenali sebagai MV Butiraoi itu dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Kapal katamaran sepanjang 17.5 meter yang diperbuat dari kayu itu dilihat meninggalkan Pula Nonouti menuju Betio Tarawa di Kepulauan Kiribati pada 18 Januari.

Perjalanan sejauh 260 kilometer itu dijangka mengambil masa dua hari.

“Kami difahamkan kipas feri terbabit dibaiki sejurus sebelum berlepas.

“Ia mungkin antara faktor yang menyukarkan perjalanan mereka kerana cuaca di sekitar kawasan berkenaan berada dalam keadaan sederhana dan bergelora sedikit,” katanya.

– AFP

scroll to top