Tuesday , 20 November 2018

Home » Bisnes » Usahawan Bumiputera Penyumbang kepada Ekonomi negara

Usahawan Bumiputera Penyumbang kepada Ekonomi negara

November 9, 2018 11:21 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Usahawan Bumiputera Penyumbang kepada Ekonomi negara

Datuk Seri Mohd Redzuan Merasmikan Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumi Putera di Komplek Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor.

SHAH ALAM: Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof..Menteri Pembangunan Usahawan telah merasmikan Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumi Putra, di Dewan Raja Muda MUsa Komplek Belia dan kebudayan Negeri Selangor semalam

Beliau Berkata Kementerian Pembangunan Usahawan menyasarkan peningkatan sebanyak 70 peratus sumbangan usahawan Bumiputera kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Datuk Redzuan Juga Menegaskan ketika ini usahawan Bumiputera termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) hanya menyumbang kurang daripada 30 peratus KDNK negara.

Parasahawan Tekun Mendengar saranan dari datuk Seri Mohd Redzuan.

Parausahawan Tekun Mendengar saranan dari datuk Seri Mohd Redzuan.

“Walaupun sasaran itu agak tinggi, namun saya percaya ia dapat dilaksanakan berikutan adanya agensi-agensi kerajaan yang diletakkan di bawah kementerian ini. Selain itu, pelbagai program juga akan dilaksanakan bagi membantu pada semua usahawan Bumiputera.

“Saya punya visi bagi sumbangan usahawan Bumiputera kepada KDNK adalah 70 peratus. Angka ini bukan saya sebut sahaja ianya adalah cabaran tebesarnya.

“Kita akan buat sebaik mungkin kerana kementerian juga ada koperasi iaitu agensi yang kita boleh wujudkan dana. Selain dana yang ada, kita juga boleh kembangkan saham. Yang penting kita tahu apa yang nak dilakukan serta apa pulangannya,” katanya lagi.

Platform ini juga membolehkan semua golongan Usahawan Bumi Putera di selangor untuk menyuarakan pandangan mereka serta idea mereka dalam usaha memperkasakan pembangunan Ekonomi bumi putera.
20181108_165738
menjalinkan hubungan yang erat diantara (MED),untuk berkongsi pandangan mendekati isu – isu sehubungan dengan usahawan bumi putera.

MED juga bersama agensi – agensi lain seperti SME Corp,SME Bank,Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysiam, Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Institut Keusahawanan Negara (INSKEN),TEKUN Nasianal,UDA Holding Berhad, Malaysia Global Innovation & Creativity Center (MaGIC) dan skim latihan 1Malaysia (SLIM) turut membuka kaunter khas bagi memudahkan pada usahawan mendapat maklumat
terkini mengenai program ini.

–ARK..

scroll to top