Friday , 19 April 2019

Home » Dunia » VIDEO: detik cemas pesawat British Airways cuba mendarat viral, juruterbang dipuji!

VIDEO: detik cemas pesawat British Airways cuba mendarat viral, juruterbang dipuji!

February 10, 2019 10:43 am Category: Dunia A+ / A-
VIDEO: detik cemas pesawat British Airways cuba mendarat viral, juruterbang dipuji!

British Airways

LONDON,. Sebuah pesawat penerbangan British Airways yang terbang dari Hyderabad, India menuju ke Lapangan Terbang Heathrow di London, United Kingdom, terpaksa berlepas semula sejurus mendarat beberapa saat di lapangan terbang itu pada Jumaat.

Rakaman detik mendebarkan pesawat terhuyung-hayang itu ketika cubaan mendarat berjaya dirakamkan orang ramai.

Dipercayai insiden berlaku ekoran angin kencang yang melanda Heathrow ketika cubaan mendarat dilakukan buat pertama kali.

Video detik mencemaskan itu yang disiarkan oleh Big Jet TV turut menjadi viral di media sosial dengan ramai yang memuji kecekapan juruterbang.

“Tahniah juruterbang” tulis Big Jet TV di laman twitternya yang telah mendapat tontonan lebih 3.5 juta kali.

“Respons yang amat profesional oleh juruterbang,” tulis seorang netizen Elizabeth Pyper.

Lapor laman mengesan pesawat FlightAware, Pesawat British Airways 276 itu terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi di Hyderabad, India pada Jumaat selepas tertangguh 18 minit.

scroll to top