Monday , 23 October 2017

Home » Dunia » Virginia,Keluarkan Perintah Darurat

Virginia,Keluarkan Perintah Darurat

August 13, 2017 10:30 am Category: Dunia A+ / A-
Virginia,Keluarkan Perintah Darurat

penduduk dijangka membanjiri bandar raya hari ini

CHARLOTTESVILLE, Virginia: Perintah darurat diisytiharkan di bandar raya ini berikutan kebanjiran penunjuk perasaan kulit putih selain perhimpunan membantah himpunan itu.

Ribuan penduduk dijangka membanjiri bandar raya ini sama ada untuk menyertai perhimpunan menyokong atau membantah ‘Unite the Right Rally’, beberapa jam selepas ratusan penunjuk perasaan yang membawa obor berhimpun di kampus universiti.
Staunton-River-High-School-Confederate-flag-rally-facebook
Kelmarin, gabenor negeri itu, Terry McAuliffe, dalam kenyataan menggesa penduduk tidak menghadiri perhimpunan tetapi awal semalam ratusan penunjuk perasaan kedua-dua pihak mula hadir.

Polis mula mengosongkan Taman Emancipation bandar raya itu dan membuat tangkapan selepas menyuraikan mereka yang berkumpul di situ untuk menyertai ‘perhimpunan haram’.

Dua kecederaan serius tetapi tidak membahayakan nyawa dilaporkan, kata polis di Twitter.

Berikutan ketegangan itu, pemimpin bandar raya berkenaan mengumumkan darurat, berikutan ancaman gangguan sivil, kekecohan, kecederaan kepada orang ramai dan kemusnahan harta awam dan peribadi yang teruk serta tahap mencukupi untuk membolehkan tindakan selaras kerajaan tempatan.

– AFP

scroll to top