Saturday , 17 November 2018

Home » Sukan » Walaupun Seri Denmark puas hati

Walaupun Seri Denmark puas hati

June 22, 2018 8:16 am Category: Sukan A+ / A-
Walaupun Seri Denmark puas hati

SAMARA,. Russia: Jurulatih Denmark, Age Hareide mengakui pasukannya bernasib baik memungut empat mata daripada dua perlawanan Kumpulan C Piala Dunia selepas seri 1-1 berdepan Australia di Samara sebentar tadi.

Pemain tonggak, Christian Eriksen memberikan jaringan awal buat Denmark sebelum penalti Mile Jedinak diberikan selepas melihat rakaman VAR membolehkan Socceroos meraih satu mata.

Denmark menewaskan Peru 1-0 pada perlawanan pertama dan Hareide berkata dia gembira dengan kutipan mata pasukannya.

“Saya boleh katakan kami sangat gembira meraih empat mata ini,” katanya kepada wartawan.

“Mereka mendapat peluang apabila kami melakukan kesilapan. Kami hilang bola pada fasa ketiga permainan dan mereka menyerang balas.

“Kami hilang terlalu banyak bola dan kami perlu banyak berlari, jadi kami melalui permainan tanpa rehat. Anda tahu kenapa? Piala Dunia memang mencabar.”

Penalti Jedinak terhasil selepas rakaman Video Bantuan Pengadil memberitahu pengadil, Antonio Mateu Lahoz bahawa bola terkena tangan Yussuf Poulsen.

Poulsen juga memberikan penalti ketika menang mengatasi Peru, sekali lagi menerusi VAR.

– REUTERS

scroll to top