Friday , 15 December 2017

Home » Bisnes » Wall Street catat rekod paras tertinggi

Wall Street catat rekod paras tertinggi

December 5, 2017 1:29 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Wall Street catat rekod paras tertinggi

NEW YORK,. Pasaran Wall Street ditutup bercampur-campur selepas merekodkan paras tertinggi pada Isnin selepas Presiden Donald Trump berjaya mendapat kelulusan daripada Dewan Rakyat AS untuk melaksanakan pengurangan cukai korporat.

Pasaran memberi maklum balas positif daripada kelulusan Dewan Rakyat pada Sabtu yang mana adalah perubahan undang-undang cukai terbesar sejak tahun 1980-an, sekali gus membantu menghampiri hasrat Trump yang mahu mengurangkan cukai untuk perniagaan.

Di Wall Street, penanda aras Indeks S&P 500 merekodkan dagangan tinggi pada hari Isnin, namun diheret kembali dan mengakhiri dagangan pada paras lebih rendah, manakala pasaran Dow Jones pula ditutup tinggi.

Indeks meluas MSCI di seluruh dunia naik 0.14 peratus dan turut merekodkan paras tertinggi.

Pelan cukai Republikan itu dijangka akan menambah AS$1.4 trilion sepanjang 10 tahun kepada hutang kerajaan sedia ada yang berjumlah AS$20 trilion bagi membiayai perubahan berkenaan yang dikatakan akan menggalakkan lagi ekonomi yang sudah pun berkembang.

Dow Jones Industrial Average naik 58.46 mata atau 0.24 peratus kepada 24,290.05, S&P 500 susut 2.78 mata atau 0.11 peratus kepada 2,639.44 dan Nasdaq Composite jatuh 72.22 mata atau 1.05 peratus kepada 6,775.37.

– Reuters

scroll to top