Friday , 15 December 2017

Home » Bisnes » Wall Street mencatat rekod tertinggi

Wall Street mencatat rekod tertinggi

October 12, 2017 11:00 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Wall Street  mencatat rekod tertinggi

NEW YORK: Saham di Wall Street ditutup dengan mencatat rekod tertinggi baharu susulan keyakinan menjelang musim pengumuman prestasi kewangan syarikat.

Sementara itu, pasaran saham Sepanyol menokok selepas pemimpin golongan pemisah Catalan, Carles Puigdemont, mengambil pendekatan yang lebih mesra dalam ucapan kemerdekaannya.

Ketiga-tiga indeks utama Amerika Syarikat (AS) ditutup pada rekod tertinggi selepas Delta Air Lines melaporkan prestasi kewangan mantap dan firma pelaburan BlackRock mencatat prestasi yang lebih baik daripada jangkaan.

Dow Jones Industrial Average menokok 42.21 mata, atau 0.18 peratus, untuk ditutup pada 22,872.89.

S&P 500 menambah 4.6 mata, atau 0.18 peratus, kepada 2,555.24.

Nasdaq Composite naik 16.30 mata, atau 0.25 peratus, kepada 6,603.55.

Di Eropah, pasaran bercampur-campur, dengan Paris dan London ditutup lebih rendah, tetapi Frankfurt mencatat peningkatan.

– AFP

scroll to top