Thursday , 20 September 2018

Home » Bisnes » Wall Street menokok, Apple catat lantunan

Wall Street menokok, Apple catat lantunan

September 12, 2018 7:06 pm Category: Bisnes, Dunia A+ / A-
Wall Street menokok, Apple catat lantunan

NEW YORK,. Saham Amerika Syarikat (AS) menokok Selasa dengan Apple menerajui lonjakan dalam saham teknologi manakala pengukuhan harga minyak mentah lebih dua peratus memacu saham berkaitan tenaga.

Apple menokok 2.5 peratus, melonjakkan tiga indeks utama, sehari sebelum ia dijangka memperkenalkan model iPhone baharu.

Sektor teknologi S&P menambah 0.8 peratus, peningkatan terbesar dalam dua minggu, yang turut dipacu Microsoft dengan mencatat peningkatan 1.7 peratus, dan Facebook, yang naik 1.1 peratus.

Indeks tenaga, naik satu peratus, membantu menaikkan S&P 500, dengan saham Exxon Mobil menokok 1.4 peratus dan Chevron menambah 0.5 peratus.

Harga minyak menokok selepas sekatan Amerika Syariat (AS) memberi kesan kepada eksport Iran dan mengurangkan bekalan global.

Dow Jones Industrial Average menokok 113.99 mata, atau 0.44 peratus, kepada 25,971.06.

S&P 500 menambah 10.76 mata, atau 0.37 peratus, kepada 2,887.89.

Nasdaq Composite naik 48.31 mata, atau 0.61 peratus, kepada 7,972.47.

Kira-kira 6.3 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.1 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. – Reuters

scroll to top