Thursday , 20 September 2018

Home » Bisnes » Wall Street menokok

Wall Street menokok

August 21, 2018 8:54 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Wall Street menokok

NEW YORK,. Indeks utama di Wall Street menokok disebabkan keyakinan berkaitan rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, sungguhpun ia susut daripada paras tertinggi sesi selepas Presiden Donald Trump mengkritik Rizab Persekutuan kerana menaikkan kadar faedah.

Saham AS bergerak lebih rendah 10 minit terakhir selepas Trump, dalam satu temubual dengan Reuters, berkata beliau “tidak teruja” dengan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell dan menuduh China dan Eropah memanipulasi mata wang masing-masing.

Bagaimanapun, harga saham mengekalkan kenaikan sebelumnya, berikutan rundingan antara AS dan China yang dijadualkan lewat minggu ini memberikan lonjakan kepada sektor perindustrian yang sensitif kepada perdagangan.

Dow Jones Industrial Average menokok 89.37 mata, atau 0.35 peratus, kepada 25,758.69.

S&P 500 naik 6.92 mata, atau 0.24 peratus, kepada 2,857.05.

Nasdaq Composite menambah 4.68 mata, atau 0.06 peratus, kepada 7,821.01.

Sejumlah 5.31 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.53 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya.

– Reuters

scroll to top