Saturday , 17 November 2018

Home » Politik » Wan Azizah bertanding PRK Permatang Pauh

Wan Azizah bertanding PRK Permatang Pauh

April 25, 2015 12:20 am Category: Politik A+ / A-
Wan Azizah bertanding PRK Permatang Pauh

datuk-sri-utama

SEBERANG JAYA, 24 April –  Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diumumkan sebagai calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sebentar tadi. Nama Wan Azizah diumumkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pada Majlis Pengumuman Calon PKR bagi PRK Parlimen Permatang Pauh. Turut hadir, Naib Presiden PKR, Tian Chua; Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar; Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Naib Pengerusi DAP, Chow Kon Yeow; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Barisan Nasional (BN) menamakan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin, sebagai calon bagi PRK itu. PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat. Esok ialah hari penamaan calon bagi PRK itu manakala 7 Mei depan adalah hari pengundian.

HM

scroll to top