Thursday , 18 July 2019

Home » Dunia » Wan Azizah, Jusuf Kalla bincang isu kepentingan bersama

Wan Azizah, Jusuf Kalla bincang isu kepentingan bersama

May 16, 2019 6:08 am Category: Dunia, Nasional A+ / A-
Wan Azizah, Jusuf Kalla bincang isu kepentingan bersama

GENEVA,. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengadakan pertemuan dua hala dengan Naib Presiden Indonesia Mohamed Jusuf Kalla bagi membincangkan perkara-perkara kepentingan bersama antara Malaysia-Indonesia.

Pertemuan itu yang berlangsung selama 30 minit di hotel penginapan mereka di sini, antara lain membincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan hubungan baik dan kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.

Turut sama dalam pertemuan itu Wakil Tetap Malaysia ke Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu di Geneva Datuk Amran Mohamed Zin dan rakan sejawatnya dari Indonesia, Hasan Kleib.

Kedua-dua pemimpin berada di Geneva sejak Selasa bagi menghadiri Platform Global Bagi Pengurangan Risiko Bencana (GPDRR) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Geneva (CICG).

GPDRR adalah acara dwitahunan yang diselaraskan oleh United Nations Office for Disaster Risk Reduction dan adalah forum paling utama di peringkat antarabangsa untuk perkongsian strategik, koordinasi, pembangunan perkongsian dan semakan pembangunan pelaksanaan instrumen pengurusan risiko bencana.

— BERNAMA

scroll to top