Monday , 21 May 2018

Home » Bisnes » Wang tunai mencukupi di kemudahan ATM: ABM

Wang tunai mencukupi di kemudahan ATM: ABM

May 11, 2018 12:02 am Category: Bisnes, Nasional A+ / A-
Wang tunai mencukupi di kemudahan ATM: ABM

KUALA LUMPUR: Ahli Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) memberi jaminan wang tunai yang mencukupi di kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) bagi memenuhi permintaan orang ramai ketika cuti umum khas selama dua hari pada hari ini dan esok.

Persatuan itu dalam satu kenyataan di sini berkata perkhidmatan perbankan penting seperti perbankan telefon dan internet, kemudahan ATM, deposit cek, giro dan pindahan dana segera berdasarkan jadual yang ditetapkan, akan terus disediakan kepada orang ramai.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mengumumkan bahawa 10 Mei (Khamis) dan 11 Mei (Jumaat) diisytiharkan sebagai cuti umum khas.

Bagi negeri-negeri seperti Terengganu, Kelantan, Kedah dan Johor yang cuti hujung minggunya jatuh pada Jumaat dan Sabtu, hari Ahad 13 Mei akan dijadikan sebagai cuti umum tambahan.

Persatuan itu memiliki 27 ahli terdiri daripada bank perdagangan yang beroperasi di Malaysia ketika ini.

— BERNAMA

scroll to top