Friday , 23 February 2018

Home » Dunia » Wanita Arab Saudi tidak perlu berjubah

Wanita Arab Saudi tidak perlu berjubah

February 11, 2018 7:50 am Category: Dunia A+ / A-
Wanita Arab Saudi tidak perlu berjubah

Sheikh Abdullah al-Mutlaq.

RIYADH,. Wanita Arab Saudi tidak perlu memakai jubah atau ‘abaya’ longgar untuk menutup tubuh mereka di tempat awam, kara seorang ulama kanan dalam petunjuk liberalisasi meluas negara itu.

“Lebih 90 peratus wanita Muslim yang taat kepada agama dalam dunia Islam tidak memakai abaya,” kata ahli badan agama tertinggi negara atau Majlis Ulama Kanan itu, Sheikh Abdullah al-Mutlaq.

“Justeru, kita tidak patut memaksa orang ramai memakai abaya,” katanya dalam satu program televisyen yang disiarkan kelmarin.

Arab Saudi yang mempunyai sekatan antara paling ketat terhadap wanita mewajibkan wanita berjubah.

Kerajaan tidak menyatakan sama ada ia akan mengubah undang-undang, namun ini adalah kali pertama kenyataan sedemikian dikeluarkan seorang tokoh agama kanan.

Putera Mahkota Mohammed bin Salman baru-baru ini memperkenalkan beberapa reformasi memihak kepada wanita ketika negara itu melakukan persediaan untuk era pasca minyak.

Bulan lalu, Arab Saudi membenarkan wanita masuk ke sebuah stadium bola sepak untuk kali pertama bagi menyaksikan satu perlawanan.

Tindakan itu dilakukan empat bulan selepas negara itu mengumumkan pemansuhan larangan memandu di kalangan wanita dan ia dilihat sebagai perlubahan besar dalam sosial negara amat konservatif terbabit.

– AFP

scroll to top