Monday , 20 August 2018

Home » Bisnes » WeWork pajak Aviation House milik PNB di London

WeWork pajak Aviation House milik PNB di London

May 25, 2018 2:50 pm Category: Bisnes A+ / A-
WeWork pajak Aviation House milik PNB di London

Aviation House London milik Permodalan Nasional Bhd (PNB).

KUALA LUMPUR,. WeWork Companies menyewa bangunan pejabat mewah milik Permodalan Nasional Bhd (PNB) di Kingsway, WC2, London yang dikenali sebagai, Aviation House secara pajakan bertempoh 20 tahun.

Susulan itu, kedua-dua pihak dalam satu kenyataan bersama di sini hari ini, mengumumkan pemeteraian perjanjian pajakan bangunan pejabat mewah berkenaan.

Mengikut kenyataan itu, WeWork akan memajak lapan tingkat atas dalam pejabat Grade A dan bangunan runcit di bangunan pejabat mewah dengan keluasan lebih 130,000 kaki persegi.

Aviation House adalah antara aset hartanah PNB di London yang dibeli pada 2014 dan ia terletak bertentangan dengan Holborn Underground Station.

Mengulas perkembangan itu, Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad, berkata pihaknya gembira dengan perjanjian pajakan jangka panjang bersama WeWork.

“Ia menyediakan peluang untuk mengubah bangunan berkenaan dan menambahkan nilai bagi hartanah berkenaan. Aviation House dibina pada tahun 1991 dan perubahan terakhirnya adalah pada 20 tahun yang lalu.

“Kami berharap dapat melihat penambahbaikkan dan keceriaan yang WeWork akan laksanakan kepada bangunan berkenaan di samping meneroka peluang kerjasama lain dengan syarikat berkenaan di masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Hartanah WeWork, Patrick Neslon pula berkata, pihaknya turut gembira kerana dapat memasukkan Aviation House ke dalam portfolio London syarikatnya.

“Sebanyak 24 lokasi terbuka milik kami di bandar ini telah terbukti menjadi perhatian dan kami teruja kerana dapat meluaskan operasi kami di bangunan bersejarah ini.

“Ia terletak di bahagian tengah bandar dan bangunan ini mempunyai akses pengangkutan yang baik di samping elemen seni pembinaan yang menarik. Ia menjadi penting buat kami dan kami akan menyediakan mereka peluang untuk bekerjasama dengan komuniti perniagaan dan usahawan,” katanya.

INFO

*PNB yang ditubuhkan 40 tahun lalu adalah pengurus dana terbesar di Malaysia manakala WeWork pula mempunyai lebih 26,000 ahli di London.

scroll to top