Friday , 22 June 2018

Home » Sukan » Wolves ikat penyerang Mexico

Wolves ikat penyerang Mexico

June 13, 2018 5:26 am Category: Sukan A+ / A-
Wolves ikat penyerang Mexico

Raul Jimenez

LONDON,. Wolverhampton Wanderers yang kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris melakukan pembelian pertama dengan menandatangani penyerang Mexico, Raul Jimenez secara pinjaman dari Benfica, hari ini.

Pemain berusia 27 tahun itu adalah yang pertama dibeli oleh pengurus Wolves, Nuno Espirito dengan kontrak pinjaman selama 12 bulan.

“Wolves berjaya mendapatkan penyerang Mexico dan Benfica, Raul Jimenez selepas mendapat pelepasan antarabangsa dan permit kerja,” kata Wolves dalam satu kenyataan di laman rasmi kelab itu.

Wolves dilaporkan mempunyai pilihan untuk membeli pemain itu dengan harga dianggarkan AS$40 juta (RM159 juta) pada hujung musim depan.

Jimenez yang sebelum itu pernah beraksi di Atletico Madrid, sudah melakukan 62 penampilan bersama Mexico dan kini berada di Russia untuk tugasan Piala Dunia.

Dia berjaya membantu Benfica memenangi kejuaraan berturut-turut sepanjang tempoh tiga tahun di Portugal.

Jimenez sudah beraksi sebanyak 22 kali pada saingan Liga Juara-Juara serta mengecapi kejayaan merangkul Piala Portugal, Piala Liga Portugal dan Piala Super Portugal.

– AFP

scroll to top