Friday , 17 August 2018

Home » Sukan » Zola penolong pengurus Chelsea

Zola penolong pengurus Chelsea

July 19, 2018 7:51 am Category: Sukan A+ / A-
Zola penolong pengurus Chelsea

Gianfranco Zola

LONDON,. Gianfranco Zola dinamakan selaku penolong jurulatih baru Maurizio Sarri, semalam yang menandakan kembalinya bekas bintang itu ke kelab beliau menghabiskan tempoh tujuh tahun sebagai pemain, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Zola, 52, bermain buat kelab barat London itu dari 1996 hingga 2003, menjaringkan 80 gol termasuk jaringan kemenangan pada final Piala Pemenang Piala 1998.

Beliau juga menang Piala Super Eropah, dua Piala FA Inggeris dan Piala Liga.

“Bagi saya ia sesuatu yang menakjubkan. Saya bersedia bekerja keras kerana ia akan menjadi sesuatu yang sukar tapi saya gembira berada di sini dan bekerja keras dengan Maurizio untuk lebih berjaya,” kata Zola.

“Hebat jika berjaya bersama Maurizio dan untuk kelab saya akan memberikan yang terbaik, sama seperti saya lakukan selaku pemain, jadi saya akan memberikan yang terbaik dalam posisi baru saya.

“Secara umum saya tidak sabar menantikan cabaran ini. Saya mahu bermula dengan baik dan kami sangat teruja untuk memulakan pengembaraan baru ini.”

Zola juga bermain buat Napoli dan Parma selain beraksi 35 kali bersama pasukan kebangsaan Itali.

– AFP

scroll to top