Sunday , 23 September 2018

Home » Dunia » Zuckerberg akui silap percaya Cambridge Analytica

Zuckerberg akui silap percaya Cambridge Analytica

April 11, 2018 12:31 pm Category: Dunia, Teknologi A+ / A-
Zuckerberg akui silap percaya Cambridge Analytica

Mark Zuckerberg

WASHINGTON: Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, mengakui isu kebocoran data berpunca daripada kesilapan mereka kerana terlalu mempercayai jaminan Cambridge Analytica, bahawa firma itu sudah memusnahkan maklumat pengguna yang diperoleh dari rangkaian media sosial berkenaan.

“Kami tidak mengkaji dengan meluas tanggungjawab kami ketika berdepan dengan isu itu, dan ia adalah satu kesilapan besar.

“Ia adalah satu kesilapan dan saya memohon maaf. Saya yang memulakan Facebook, saya yang mengendalikannya dan saya bertanggungjawab atas segala perkara yang berlaku.

“Ketika kami dimaklumkan oleh Cambridge Analytica bahawa mereka tidak akan menggunakan data itu dan sudah memusnahkannya, saya menganggap kes itu sudah ditutup.

“Namun, ia satu kesilapan. Kami tidak sepatutnya mempercayai kata-kata mereka.

“Jadi, kami sudah mempertingkatkan dasar sedia ada bagi memastikan kesilapan tidak berlaku lagi,” kata Zuckerberg.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab dengan senator Amerika Syarikat susulan isu kebocoran data 87 juta pengguna Facebook.

– AFP

scroll to top