Saturday , 17 November 2018

Home » Dunia » Zuckerberg dipanggil beri keterangan

Zuckerberg dipanggil beri keterangan

April 5, 2018 9:28 am Category: Dunia, Teknologi A+ / A-
Zuckerberg dipanggil beri keterangan

Mark Zuckerberg

SAN FRANCISCO,. Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, akan memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Kehakiman dan Perdagangan Senat pada 10 April ini.

Demikian menurut kenyataan terkini yang dikeluarkan jawatankuasa itu hari ini.

Ia bagi merekodkan kenyataan beliau dalam siasatan berhubung skandal kebocoran data peribadi pelanggan Facebook yang sedang hangat ketika ini.

Beliau juga akan memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Tenaga dan Perdagangan AS pada 11 April 11 ini.

“Perbicaraan ini peluang penting untuk mendapatkan pencerahan berhubung isu data pengguna dan membantu rakyat AS memahami apa yang berlaku ke atas maklumat peribadi dalam talian mereka,” Pengerusi Panel Republikan, Greg Walden, dan wakil Demokrat, Frank Pallone, dalam satu kenyataan,

Facebook berkata, maklumat peribadi membabitkan sehingga 87 juta pengguna Facebook, kebanyakannya di Amerika Syarikat (AS), berkemungkinan dikongsi secara tidak betul dengan firma perunding Cambridge Analytica.

Jumlah pengguna itu lebih besar daripada 50 juta yang dianggarkan media sebelum ini.

– Reuters

scroll to top