
Shangri-La Rasa Ria Jadi Perintis Hotel Mesra Alam Bertaraf Global di Malaysia
KOTA KINABALU, 17 Mei – Resort Shangri-La Rasa Ria menempah nama sebagai hartanah perhotelan pertama di Malaysia yang menerima pensijilan ISO 20121, sebuah standard antarabangsa bagi pengurusan acara yang mampan.
Langkah ini menjadikan Rasa Ria sebagai pelopor dalam Kumpulan Shangri-La, hasil daripada usaha jangka panjang resort tersebut mempraktikkan inisiatif kelestarian seperti pengurangan sisa, penghapusan plastik sekali guna, serta kolaborasi dengan komuniti pribumi melalui PACOS Trust.
Pengurus Besarnya, Fiona Hagan menyifatkan pencapaian itu sebagai bukti nyata bahawa prinsip ESG boleh diintegrasi secara menyeluruh dalam operasi harian tanpa menjejaskan kualiti pengalaman pelanggan.
“Pensijilan ini tidak datang secara mudah. Ia lahir daripada komitmen sebenar untuk membawa perubahan,” katanya.