
Pertandingan Badminton Tertutup (Beregu Lelaki) Piala Dato’ Seri Azmin Ali Anjuran Kelab Badminton Kilasan
SETIAWANGSA, 18 Sept, 2020/ — Alhamdulillah, Pertandingan Badminton Tertutup (Beregu Lelaki) Piala Dato’ Seri Azmin Ali telah berlangsung dengan jayanya pada Ahad, 18 September 2022.
Perasmian pertandingan disempurnakan oleh YB Hilman Idham, ADN Gombak Setia merangkap Setiausaha Politik kepada YB Dato’ Seri Azmin Ali.
Pertandingan anjuran Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak dengan kerjasama Kelab Badminton Kilasan ini telah menarik penyertaan sebanyak 32 pasukan beregu dalam Kategori Novis dan Veteran.
InsyaAllah, lebih banyak aktiviti berteraskan sukan dan rekreasi akan dianjurkan oleh Pusat Khidmat bagi melahirkan masyarakat Gombak yang lebih cergas dan sihat.
Selain mengilap semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat, sukan juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dan semangat kekeluargaan.
Menjadikan badminton sebagai aktiviti riadah pada hujung minggu, para veteran di sekitar Gombak menggunakan peluang untuk menerapkan budaya bersukan dalam kalangan mereka.
Lebih 64 peserta mengambil bahagian dalam Pertandingan Badminton Tertutup Beregu Lelaki Piala Datuk Seri Azmin Ali 2022 anjuran Kelab Kilasan bersama Parlimen Gombak di Kompleks MSN Setiawangsa, ibu negara.
Presiden Kelab Badminton Kilasan Gombak, Mohd Idham Adnan berkata setelah 2 tahun menjalani fasa pandemik, ia merupakan pertandingan pertama bagi mencungkil dan menonjolkan bakat para peserta dalam bidang sukan Badminton.
“Setakat ini penyertaan kita ada 32 pasangan beregu, 16 beregu untuk novis dan 16 beregu untuk pasangan veteran”
“Kita berharap acara ini akan dapat diteruskan di tahun-tahun yang akan datang dan menjadi acara tahunan di parlimen gombak dan juga di parlimen yang lain supaya kita dapat memupuk semangat kesukanan di kalangan belia di negara kita” kata Mohd Idham Adnan selaku Presiden Kelab Badminton Kilasan Gombak.
Apa yang menarik mengenai pertandingan ini adalah semamgat perpaduan antara masyarakat di mana peserta dari golongan veteran juga dapat turut serta dalam pertandingan.
“Macam saya dah dalam badminton selama dekat 50 tahun lebih, meaning that I started young so this is the right time dan kita dapat bersama sama dengan kawan untuk buat pertandingan ia bukan untuk kemenangan sangat tapi untuk memeriahkan majlis yang dianjurkan oleh Datuk Seri” kata seorang peserta veteran Hussin Shahar.
Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Muhammad Hilman Idham yang merasmikan pertandingan itu berkata akan merancang untuk mengadakan pertandingan itu dalam skala besar bersama Jabatan Belia dan Sukan Dareah Gombak dengan pelbagai kategori pada tahun hadapan.
“Memandangkan jumlah penyertaan ataupun sambutan penyertaan yang cukup baik di kalangan masyarakat dan ia meliputi daripada kesemua segenap masyarakat tidak kira pasukan veteran ada juga orang muda dan sebagainya” kata Muhammad Hilman Idham selaku Setiausaha Politik Menteri Kanan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali.
Juara bagi Pertandingan Badminton Tertutup Beregu Lelaki itu akan membawa pulang Piala Datuk Seri Azmin Ali, hamper serta wang tunai RM500.
-Faisal
-gerbangpost