16 maut tentera dan militia bertempur di Congo

16 maut tentera dan militia bertempur di Congo

KIGALI (Rwanda), 28 April — Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam pertembungan antara angkatan tentera Congo dengan  kumpulan militia, di wilayah Ituri yang kaya dengan emas.

Kejadian berlaku pada hujung minggu, mangsa yang maut termasuk 12 anggota kumpulan militia, dua tentera dan dua orang awam, kata jurucakap tentera di Ituri, Leftenan Jules Ngongo pada Isnin lapor agensi berita Anadolu.

Pertembungan berlaku di desa Kabakaba, Esasi dan Lisey di wilayah Djugu, tambahnya.

Pertempuran masih berlangsung dengan pihak tentera menguasai semula wilayah di Djugu dan Mahagi yang sebelum ini dikawal oleh militia.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )