
17 kes COVID-19 dilaporkan di sebuah hospital awam utama di Seoul
SEOUL, 10 Sept — Seramai 17 orang termasuk kakitangan hospital dan pesakit di sebuah hospital awam utama di Seoul didapati positif COVID-19, lapor agensi berita Yonhap.
Seorang pekerja yang mempunyai kaitan dengan unit pemakanan di Severance Hospital di barat Seoul, didapati positif virus itu pada Rabu, menjadi kes pertama dalam kluster ini. Sembilan yang lain juga positif menerusi ujian saringan yang dilakukan dalam tempoh dua hari lalu.
Pada Khamis, tujuh kes lain dilaporkan di unit pemulihan, termasuk pesakit, penjaga dan jururawat.
Hospital kemudian menggantung sementara lawatan untuk pesakit luar dan ujian saringan terhadap pesakit, penjaga dan pekerja lain akan dijalankan.
— BERNAMA
CATEGORIES Uncategorized