18 ibu hamil meninggal dunia akibat COVID-19 di Johor

18 ibu hamil meninggal dunia akibat COVID-19 di Johor

ISKANDAR PUTERI,. Sebanyak 18 kes kematian akibat COVID-19 membabitkan ibu hamil dilaporkan di Johor sehingga semalam, demikian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.

Memandang serius perkara itu, Exco Kesihatan R. Vidyananthan berkata pihaknya meningkatkan pemantauan berterusan terhadap ibu hamil termasuk menggalakkan mereka mendapatkan vaksinasi.

“Berdasarkan data Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), jumlah ibu hamil di Johor yang menerima satu dos suntikan vaksin adalah seramai 30,000 orang, manakala seramai 9,177 lagi sudah lengkap dua dos,” katanya ketika sesi penggulungan pada Persidangan DUN Johor ke-14 hari ini.

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )