18 Okt penentu permohonan Salleh ke PKR – Saifuddin

18 Okt penentu permohonan Salleh ke PKR – Saifuddin

KUALA LUMPUR,. Permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menyertai PKR akan ditentukan dalam Mesyuarat Biro Politik PKR pada 18 Okt ini, demikian disahkan oleh setiausaha agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata permohonan keanggotaan Salleh diterima dalam talian dan akan dibahas oleh biro tersebut sebelum keputusan muktamad dibuat mengenai status permohonan bekas bendahari UMNO itu.

“Itu memang kaedah dalam permohonan menjadi anggota parti,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )