181 kes positif Covid-19 dikesan di PPS

KUALA LUMPUR — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 181 kes positif Covid-19 kategori satu dan dua di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu sidang media di Dewan Rakyat berkata 117 kes dikesan di Selangor, Pahang (52), Kelantan (6), Kuala Lumpur (4) , Negeri Sembilan dan Melaka satu kes.

“KKM telah menjangkakan peningkatan kes ini berkemungkinan ekoran keadaan pemindahan yang terpaksa dibuat dalam keadaan yang sangat berisiko tinggi. Mungkin ada langkah-langkah kesihatan awam yang tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

“Kami memahami isu ini, keutamaan dalam kita menyelamat mangsa banjir ini adalah untuk usaha menyelamatkan mereka.

“Kadangkala, memang tidak dapat dielakkan beberapa perkara yang sepatutnya dibuat dalam langkah kesihatan awam, ia tidak dapat dipatuhi,” kata Khairy.

 

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )