19 barang tambahan bagi skim harga maksimum musim perayaan

19 barang tambahan bagi skim harga maksimum musim perayaan

PUTRAJAYA,. Kawalan bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) telah diperluaskan kepada 19 barang baharu, demikian menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), kata Datuk Alexander Nanta Linggi.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata dengan senarai 16 barangan harga terkawal yang telah ditetapkan dan berkuat

uasa mulai 20 Mei 2020, jumlah keseluruhan barangan harga terkawal yang ditentukan harga maksimum adalah sebanyak 35 barang.

Senarai 19 barang baharu adalah:

1. Tomato

2. Kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk Kubis Beijing)

3. Cili merah

4. Lada benggala hijau

5. Kacang panjang

6. Sawi Hijau

7. Bendi

8. Bawang besar (China)

9. Bawang besar (Holland)

10. Ubi kentang import (China)

11. Cili kering

12. Kacang tanah

13. Ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram)

14. Ikan selayang (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram)

15. Ikan aya/tongkol (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram)

16. Ikan segar beku kembung (berat antara 8 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram)

17. Ikan segar beku selayang (berat antara 8 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram)

18. Ikan segar beku selar (berat antara 8 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram)

19. Ikan demudok/Sagai/Cermin/Cupak (berat antara 3 ekor hingga 5 ekor setiap kilogram)

Nanta berkata tarikh kuat kuasa 19 barangan tambahan itu adalah pada 22 Mei hingga 3 Jun iaitu selama 13 hari.

KPDNHEP sedang melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP HRP) bermula 20 Mei sehingga 3 Jun. KPDNHEP juga akan menguatkuasakan SHMMP Pesta Kaamatan dan Hari Gawai bermula 28 Mei hingga 3 Jun.

“Pertambahan barang-barang tersebut adalah atas permintaan pengguna dan barangan tersebut merupakan barangan pilihan utama semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Tiga perayaan tersebut turut temasuk dalam tempoh PKPB.

“Diharapkan harga barang tersebut adalah terkawal dengan penetapan harga siling di peringkat borong dan runcit terutamanya di pasar basah dan penjaja kecil yang menjadi tumpuan pengguna berbelanja pada musim perayaan,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )