275 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS di JB

275 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS di JB

JOHOR BAHRU,. Seramai 275 mangsa banjir ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini sejak semalam selepas kawasan mereka dinaiki air akibat hujan lebat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R.Vidyananthan berkata hujan lebat serta pertembungan air laut pasang telah menyebabkan berlakunya banjir.

“Daripada jumlah itu, seramai 90 mangsa banjir ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Batu 10, Skudai manakala 185 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Masai.

“Antara kawasan yang terjejas adalah Kampung Laut Batu 10, Skudai, Kampung Sentosa Barat dan Kampung Sentosa Damai,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Kampung Cahaya Baru pula dipindahkan ke PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Masai akibat peningkatan bilangan mangsa malam tadi.

Hujan lebat yang turun sejak 8 malam tadi berterusan hingga pagi ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )