30 masih terperangkap dalam runtuhan bangunan hotel di China

30 masih terperangkap dalam runtuhan bangunan hotel di China

BEIJING,. Kira-kira 30 daripada 70 orang masih terperangkap di dalam runtuhan di sebuah hotel di bandar Quanzhou, Fujian, China, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, semalam.

Pihak berkuasa, lebih 40 orang berjaya diselamatkan dan dikeluarkan dalam runtuhan di Hotel Xinjia, kira-kira jam 9 malam.

Setakat ini, pasukan mencari dan menyelamat sedang bertungkus-lumus mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap.

Baru-baru ini, hotel lima tingkat yang mempunyai 80 bilik itu digunakan untuk kuarantin COVID-19.- AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )