64 kematian baharu COVID-19 di Indonesia

64 kematian baharu COVID-19 di Indonesia

JAKARTA,. Indonesia mengumumkan 64 lagi kematian akibat COVID-19 iaitu jumlah tertinggi dalam sehari, ketika kerajaan mula mengurangkan perintah larangan untuk memulakan kehidupan ‘kebiasaan baharu’ dalam kalangan penduduk.

Menteri Kesihatan, Achmad Yurianto, dalam satu sidang media, turut melaporkan sebanyak 1,017 kes jangkitan baharu.

“Kes kes baharu ini 19 membawa kepada jumlah keseluruhan 39,294 kes manakala jumlah keseluruhan kematian terkini ialah 2,198 orang,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, 592 orang lagi sembuh daripada penyakit itu, menjadikan 15,123 pesakit sudah sembuh setakat ini.

Jawa Tengah dan Jawa Timur mencatat paling banyak kematian iaitu masing-masing 17 dan 16 kes, dengan Jawa Timur turut mencatat jangkitan tertinggi sebanyak 270 kes diikuti 142 kes di Jakarta dan 116 kes di Jawa Tengah.

Jakarta dan beberapa wilayah lain di Jawa Timur sudah memulakan pelonggaran langkah kawalan dan mula memasuki tempoh peralihan selepas Perbatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) dalam masa terdekat.

Sementara itu, Mahkamah Daerah Surabaya di Timur Jawa ditutup untuk tempoh dua minggu selepas pegawai kerajaan yang berkhidmat di situ diuji positif COVID-19 manakala dua orang lagi mati secara mengejut.

Jurucakap mahkamah, Martin Ginting, yang dipetik Kompas.com, berkata selain pegawai itu, seorang hakim dan seorang pengawas mahkamah mati secara mengejut,” katanya.

Punca kematian hakim itu, Eko Agus Siswanto, yang maut selepas sawan dan kegagalan pernafasan pada Jumaat lalu selain pengawas terbabit, Surachmad, yang meninggal sehari kemudian, belum diketahui. – AGENSI

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )