72 petugas PBB terbunuh tahun ini

72 petugas PBB terbunuh tahun ini

NEW YORK, 7 Sept — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Jumaat berkata setakat tahun ini, seramai 25 kakitangan perkhidmatan awam, 43 anggota pasukan pengaman dan empat pegawai polis PBB terbunuh, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Pekerja PBB dan majlis memperingati mangsa yang terkorban.

Ketua PBB itu turut menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa.

Petugas barisan depan PBB menghadapi pelbagai cabaran seperti menangani keperluan kemanusiaan, menjaga keamanan dan mempertahankan hak asasi manusia, ujar Guterres.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )