73 Maut Dalam Letupan Di Pelabuhan Lubnan

73 Maut Dalam Letupan Di Pelabuhan Lubnan

Beirut,. Dua letupan kuat menggegarkan Beirut pada Selasa sehingga mengakibatkan kira-kira 73 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 2,000 cedera.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang (waktu tempatan), letupan dipercayai berlaku di pelabuhan bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan itu.

Impaknya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi letupan itu.

Beberapa bangunan di sekitarnya termasuk kediaman bekas Perdana Menteri, Saad Hariri turut musnah serta mengalami kerosakan teruk.

Letupan kedua menyebabkan bola api ke udara yang turut menggegarkan bandar, menyebabkan pecahan tingkap tersebar ke beberapa kilometer.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )