95 rakyat M’sia pulang dari luar negara positif COVID-19 setakat ini – KP Kesihatan

95 rakyat M’sia pulang dari luar negara positif COVID-19 setakat ini – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 21 April — Sebanyak 95 kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan 12,160 rakyat Malaysia yang dikuarantin selepas pulang dari luar negara setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, seramai 7,910 individu daripada jumlah keseluruhan itu telah diambil sampel sejak 3 April lepas.

Justeru, katanya, tindakan mewajibkan semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara ditempatkan di stesen kuarantin di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah bertepatan dalam mengekang penularan wabak itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )