POLIS KESAN LELAKI WARGA MYANMAR BANTU SIASATAN KES BUNUH

HomeFeaturedJenayah

POLIS KESAN LELAKI WARGA MYANMAR BANTU SIASATAN KES BUNUH

KANGAR,. Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Myanmar pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) unt

Trump akui ‘perbincangan sangat baik’ sedang berlangsung dengan Iran
Warga Bangladesh berpakaian sut lengkap diusir, cuba tipu pihak berkuasa
Oman tegaskan komitmen pelayaran selamat tanpa caj di Selat Hormuz selepas rundingan dengan Iran

KANGAR,. Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Myanmar pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk membantu siasatan kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata orang awam yang mengenali dan mengetahui keberadaan Mohd Ilyas Mohd Islam itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kangar ASP Tengku Mohd Farid Tengku Ibrahim menerusi talian 019-993 9200 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Yusharifuddin berkata kes itu berkaitan penemuan tulang manusia secara berasingan di sini pada 5 Ogos dan 26 Julai lepas yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA