Kewartawanan penerbangan main peranan penting bina kepercayaan awam, industri – MPI

HomeFeaturedBerita Semasa

Kewartawanan penerbangan main peranan penting bina kepercayaan awam, industri – MPI

SEPANG,. Kewartawanan penerbangan menuntut ketepatan, konteks dan tanggungjawab kerana cara berita berkaitan penerbangan dilaporkan boleh membina kepe

Iran panggil wakil Ukraine susulan serangan kapal di Laut Caspian
Industri kenaf terus diperkasa di Sabah dan Sarawak menerusi kerjasama strategik
Agong berangkat ke majlis ramah mesra Aidilfitri

SEPANG,. Kewartawanan penerbangan menuntut ketepatan, konteks dan tanggungjawab kerana cara berita berkaitan penerbangan dilaporkan boleh membina kepercayaan ataupun menghakis keyakinan terhadap industri berkenaan, kata Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Yong Soo Heong.

Beliau berkata wartawan penerbangan memainkan peranan penting dalam mengekalkan keyakinan awam terhadap sistem penerbangan, terutamanya ketika melaporkan isu keselamatan, kejadian atau keputusan kawal selia.

“Dalam dunia yang berita tersebar lebih pantas, maklumat salah boleh mencetuskan pergolakan yang jauh melangkui sempadan Malaysia.

“Apabila arahan keselamatan dikeluarkan, laluan baharu dibuka, ketika sesuatu kejadian atau kemalangan berlaku, cara wartawan melaporkannya boleh, sama ada membina atau menghakis kepercayaan.

“Kewartawanan penerbangan memerlukan ketepatan, konteks dan tanggungjawab. Tidak memadai sekadar mengejar tajuk utama, kita perlu memberikan kejelasan,” katanya ketika berucap pada Program Literasi Media Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)–MPI di sini, pada Selasa.

Yong berkata kewartawanan penerbangan bukan bidang khusus semata-mata, sebaliknya menjadi penghubung penting antara pengawal selia, industri dan masyarakat.

“Kisah tentang penerbangan yang ingin kita sampaikan membentuk persepsi, mempengaruhi dasar dan meyakinkan pengguna, baik di dalam negara mahupun di luar negara,” katanya.

Beliau berkata MPI komited untuk melengkapkan wartawan bagi memenuhi tuntutan pelaporan penerbangan melalui latihan yang lebih mendalam, analisis lebih tepat dan kerjasama erat dengan institusi seperti CAAM.

Beliau turut menyifatkan program ini sebagai antara program literasi kewartawanan yang paling terperinci dan meluas yang dianjurkan oleh MPI, di samping memberi wartawan pemahaman yang lebih mendalam tentang kerumitan industri penerbangan.

CAAM, katanya, dilihat sebagai pengawal selia ruang udara Malaysia yang moden dan profesional, serta pihak berkuasa berkenaan telah melalui perjalanan yang panjang sejak penubuhannya sebagai Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Yong berkata MPI akan terus menggalakkan latihan lebih mendalam, analisis lebih terperinci dan kerjasama erat dengan institusi seperti CAAM bagi memastikan kewartawanan penerbangan di Malaysia kekal berwibawa dan bertaraf dunia.

“Penerbangan berkait dengan kepercayaan – kepercayaan terhadap sistem, keselamatan, dan komunikasi. Kewartawanan ialah suara yang membawa kepercayaan itu, dan jika kita gagal, keyakinan akan terhakis. Sekiranya kita berjaya, reputasi Malaysia akan terus melonjak,” katanya.

— BERNAMA