Aset kripto dipindah tanpa kebenaran, lelaki kerugian RM12.47 juta

HomeFeaturedJenayah

Aset kripto dipindah tanpa kebenaran, lelaki kerugian RM12.47 juta

IPOH,. Seorang lelaki kerugian kira-kira RM12.47 juta dalam kejadian kehilangan aset kripto dipercayai akibat akses tanpa kebenaran terhadap dompet di

Pengosongan baki 30 ladang babi di Tanjong Sepat dalam fasa akhir
Kim Swee garis hala tuju baharu NFDP
JIM; Buat Laporan Polis, Dakwaan Tular Berhubun UTC Pudu

IPOH,. Seorang lelaki kerugian kira-kira RM12.47 juta dalam kejadian kehilangan aset kripto dipercayai akibat akses tanpa kebenaran terhadap dompet digital miliknya di Teluk Intan semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata mangsa berusia 38 tahun menyedari kejadian itu kira-kira 1 tengah hari selepas mendapati sejumlah aset kripto miliknya dipindahkan keluar daripada dompet digital tanpa pengetahuan dan kebenarannya.

“Siasatan awal mendapati transaksi berkenaan melibatkan pemindahan aset kripto melalui rangkaian blockchain.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pihak yang terlibat serta menjejaki aliran transaksi berkenaan dengan bantuan Unit Kripto, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Mohd Alwi menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap aktivti pancing data, penipuan dalam talian dan tidak menekan pautan mencurigakan, selain memantau keselamatan dompet digital, bertindak segera sekiranya mengesyaki akaun digodam dan meningkatkan tahap keselamatan digital.

— BERNAMA