KAMPUNG DIGITAL 2.0 BAWA MELAKA RAIH ANUGERAH DIGITAL COMMUNITY INNOVATION EXCELLENCE 2026

HomeFeaturedTeknologi Dan Inovasi

KAMPUNG DIGITAL 2.0 BAWA MELAKA RAIH ANUGERAH DIGITAL COMMUNITY INNOVATION EXCELLENCE 2026

MELAKA,. Kerajaan negeri Melaka menerima anugerah Digital Community Innovation Excellence bagi inisiatif Sistem Kampung Digital Negeri Melaka 2.0 bers

Bekas ejen insurans didenda RM14,000 tipu bank guna dokumen palsu
PKR tempat untuk anggota bekerja tunai amanah, laksana perjuangan – Anwar
India sekat pelautnya daripada laluan Selat Hormuz

MELAKA,. Kerajaan negeri Melaka menerima anugerah Digital Community Innovation Excellence bagi inisiatif Sistem Kampung Digital Negeri Melaka 2.0 bersempena dengan Geospatial Intelligence Software Technology Conference (GISTC) International 2026 g di Hainan, China, pada 19 Okt lepas.

Anugerah tersebut diterima Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Salhah Salleh bagi pihak kerajaan negeri dalam usaha memperkukuh agenda pendigitalan dan pemodenan pentadbiran secara konsisten serta mampan.

Salhah berkata anugerah yang diterima di bawah Jawatankuasa Penganjur GISTC International 2026 itu merupakan pengiktirafan terhadap usaha kerajaan negeri dalam memanfaatkan teknologi geospatial untuk memperkasakan pendigitalan komuniti kampung serta membangunkan sistem alamat digital yang lebih teratur, tepat dan berstruktur.

“Pelaksanaan Sistem Kampung Digital Negeri Melaka 2.0 menyokong pengukuhan tadbir urus melalui penggunaan data dan maklumat geospatial bagi membantu perancangan pembangunan, pentadbiran, penyelarasan serta proses membuat keputusan yang lebih berkesan.

“Inisiatif ini turut memberi manfaat kepada masyarakat kampung menerusi pengurusan maklumat lokasi dan alamat yang lebih sistematik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) turut melakar pencapaian membanggakan apabila menerima Anugerah Pengiktirafan Pematuhan Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan (SAGA) daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) pada Majlis Anugerah Pematuhan SAGA 2026 (MASS) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 19 Okt lepas.

Katanya, MPAG merupakan agensi pertama di Melaka menerima Sijil Pematuhan SAGA dan pencapaian itu mencerminkan usaha pihak berkuasa tempatan berkenaan dalam memperkukuh tadbir urus kewangan, meningkatkan ketelusan serta memastikan pengurusan perakaunan dilaksanakan secara sistematik dan berintegriti.

Selain itu, Salhah berkata kerajaan negeri turut menerima Sijil Penghargaan dan Trofi Pengiktirafan atas pencapaian Prestasi Penggunaan Pembayaran Digital Cemerlang sempena kempen Cashless Boleh 5.0.

Beliau berkata pencapaian itu disampaikan secara bersama oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) semasa sesi kunjung hormat MOF ke atas beliau pada 15 Okt lepas.

“Pencapaian ini menggambarkan usaha kerajaan negeri dalam menyokong aspirasi negara ke arah pembentukan masyarakat tanpa tunai melalui peluasan dan pemantapan ekosistem transaksi digital di jabatan serta agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan di seluruh Melaka.

“Penggunaan pembayaran digital bukan sahaja mempercepat dan memudah cara urusan pembayaran lesen, cukai serta perkhidmatan awam kepada rakyat malah membantu meningkatkan ketelusan transaksi, kecekapan pentadbiran dan pengurusan kewangan negeri,” katanya.

Salhah berkata kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada semua jawatankuasa kerja, agensi kerajaan, rakan strategik serta rakyat Melaka atas sokongan dalam membudayakan penggunaan pembayaran digital dalam kehidupan seharian.

“Kerajaan negeri berharap pengiktirafan di peringkat antarabangsa serta pencapaian dalam tadbir urus dan pembayaran digital ini menjadi pemangkin kepada peluasan inovasi, pemantapan pengurusan kewangan serta peningkatan kualiti perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

— BERNAMA