Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini

HomeFeaturedBusiness

Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu berikutan sentimen pasaran yang lebih baik, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street sel

Bursa dibuka tinggi pada pagi ini
Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan
Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu berikutan sentimen pasaran yang lebih baik, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street selepas pengumuman pembiayaan baharu berkaitan kecerdasan buatan (AI).

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.39 mata atau 0.21 peratus kepada 1,615.24 daripada 1,611.85 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.64 mata kepada 1,614.49.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 251 berbanding 94 manakala 297 kaunter tidak berubah, 2,225 tidak diniagakan dan 104 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 218.30 juta unit bernilai RM87.52 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street semalaman ditutup tinggi berikutan perhatian pelabur beralih kepada laporan pendapatan korporat yang akan datang terutamanya daripada sektor teknologi.

“Di pasaran tempatan, FBM KLCI ditutup tinggi semalam melebihi paras 1,610 didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah, disokong terutamanya oleh dana tempatan.

“Minat belian turut dilihat di kaunter utiliti, yang mengalami tekanan jualan ketara pada hari sebelumnya.

“Kami menjangka indeks berada antara 1,605 dan 1,615 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat satu sen kepada RM10.00, CIMB menambah dua sen kepada RM7.13, Public Bank, Tenaga Nasional dan IHH Healthcare, masing-masing mendatar pada RM4.75, RM13.30 dan RM7.84.

Dalam dagangan aktif, Zetrix AI dan MQ Technology, masing-masing meningkat setengah sen kepada sembilan sen dan enam sen serta V.S Industry, MYMBN dan Dagang Nexchange, masing-masing menambah satu sen kepada 35.5 sen, 17.5 sen dan 45 sen.

Nestle mendahului kaunter paling untung, menambah RM2.38 kepada RM96.66, Malaysian Pacific Industries meningkat 30 sen kepada RM41.60, Far East Holdings naik 25 sen kepada RM4.20 serta MI Technovation dan Hong Leong Bank, masing-masing menokok 16 sen kepada RM6.91 dan RM21.36.

Kaunter paling rugi ialah United Plantations menurun 38 sen kepada RM29.32, Westports Holdings merosot 16 sen kepada RM6.92, Farm Fresh berkurangan tujuh sen kepada RM1.81, SAM Engineering & Equipment menyusut enam sen kepada RM4.25 dan Hengyuan Refining Company menurun lima sen kepada RM4.06.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 23.53 mata kepada 12,062.82, Indeks FBM Top 100 meningkat 21.02 mata kepada 11,855.55, Indeks FBM Mid 70 menambah 14.68 mata kepada 17,384.80, Indeks FBM Emas Shariah menokok 20.98 mata kepada 12,070.71 dan Indeks FBM ACE naik 27.12 mata kepada 5,445.75.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.30 mata kepada 177.21, Indeks Tenaga naik 6.30 mata kepada 852.04, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 31.79 mata kepada 18,632.82 dan Indeks Perladangan menokok 6.32 mata kepada 8,660.58.

— BERNAMA