Bursa dibuka tinggi pada awalnya kembali menyusut sentimen lemah Wall Street

HomeFeaturedBusiness

Bursa dibuka tinggi pada awalnya kembali menyusut sentimen lemah Wall Street

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia rendah pada Jumaat selepas dibuka tinggi, seiring dengan sentimen lemah di Wall Street semalaman berikutan prestasi pend

Bursa dibuka rendah pada pagi ini
Bursa dibuka tinggi pada pagi ini
Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia rendah pada Jumaat selepas dibuka tinggi, seiring dengan sentimen lemah di Wall Street semalaman berikutan prestasi pendapatan syarikat teknologi yang mengecewakan.

Pada 9.13 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 0.66 mata atau 0.04 peratus kepada 1,610.50 daripada 1,611.16 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.70 mata kepada 1,611.86.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 265 berbanding 107 manakala 265 kaunter tidak berubah, 2,143 kekal tidak diniagakan dan 66 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 291.30 juta unit bernilai RM95.01 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street ditutup kebanyakannya rendah berikutan pendapatan daripada syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Alphabet Inc yang rendah, mewujudkan kebimbangan mengenai perbelanjaan modal yang besar diperlukan untuk pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI).

“Pada peringkat tempatan, kami percaya indeks petunjuk pasaran kekal dalam fasa konsolidasi, dengan saham mewah yang mempunyai asas kukuh menawarkan peluang terpilih susulan pembetulan pasaran baru-baru ini.

“Oleh itu, kami menjangka indeks petunjuk pasaran berada dalam julat 1,600 hingga 1,620 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat dua sen kepada RM10.02, CIMB naik tujuh sen kepada RM6.96, IHH Healthcare menambah empat sen kepada RM7.89, Public Bank menurun satu sen kepada RM4.72 dan Tenaga Nasional tidak berubah pada RM13.30.

Dalam dagangan aktif, Zetrix AI dan JAKS Resources, masing-masing berkurangan satu sen kepada tujuh sen dan 14 sen, GIIB Holdings merosot 10.5 sen kepada 43.5 sen manakala Ni Hsin dan EWI Capital, masing-masing meningkat satu sen kepada 38 sen dan 14.5 sen.

Country View mendahului senarai kaunter paling untung, naik 14 sen kepada RM2.85, diikuti Kein Hing menambah enam sen kepada RM1.08, Genting Plantations meningkat lima sen kepada RM5.10 dan Lianson Fleet menokok empat sen kepada RM1.52.

Kaunter paling rugi ialah Malaysian Pacific Industries merosot 60 sen kepada RM40.90, UWC Bhd berkurangan 20 sen kepada RM7.44, MN Holdings menurun 12 sen kepada RM3.83 dan Pentamaster Corporation menyusut sembilan sen kepada RM5.80.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 17.00 mata kepada 12,038.89, Indeks FBM Top 100 berkurangan 15.29 mata kepada 11,835.67, Indeks FBM Mid 70 menurun 66.17 mata kepada 17,417.95,

Indeks FBM Emas Shariah menyusut 32.73 mata kepada 12,051.55 dan Indeks FBM ACE merosot 32.61 mata kepada 5,414.55.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga naik 0.28 mata kepada 844.64, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 18.69 mata kepada 18,556.63, Indeks Perladangan menambah 18.44 mata kepada 8,655.34 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menurun 0.36 mata kepada 177.03.

— BERNAMA