TIGA KAPAL TANGKI MINYAK LANGGAR PERIUK API, TERBAKAR DI SELAT HORMUZ

HomeFeaturedBerita Semasa

TIGA KAPAL TANGKI MINYAK LANGGAR PERIUK API, TERBAKAR DI SELAT HORMUZ

TEHRAN,. Tiga kapal tangki minyak melanggar periuk api lalu terbakar ketika melalui laluan yang disekat oleh Iran di Selat Hormuz, lapor Sputnik/RIA N

JS-SEZ: Malaysia, Singapura dan Indonesia mulakan perbincangan kerjasama – Tengku Zafrul
Malaysia tunggu maklum balas Indonesia berhubung bantuan – Ahmad Zahid
Sektor perbankan Malaysia berdaya tahan walaupun berdepan tekanan tarif, dijangka kekal stabil pada 2026

TEHRAN,. Tiga kapal tangki minyak melanggar periuk api lalu terbakar ketika melalui laluan yang disekat oleh Iran di Selat Hormuz, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) pada Ahad.

“Sejak awal pagi hari ini sehingga kini, tiga kapal tangki minyak yang melanggar sekatan telah terlanggar periuk api dan terbakar semasa menggunakan laluan tanpa kebenaran di Selat Hormuz,” menurut kenyataan itu.

Pada 28 Feb, Amerika Syarikat (AS) dan Israel mula melancarkan serangan terhadap sasaran di Iran, sekali gus mencetuskan serangan balas daripada Tehran.

Meskipun pertempuran kini agak reda, konflik berkenaan masih belum selesai dengan wujudnya risiko pertempuran boleh tercetus semula.

Ketegangan yang memuncak itu hampir melumpuhkan sepenuhnya laluan perkapalan melalui Selat Hormuz, laluan penting bagi bekalan minyak mentah, produk petroleum dan gas asli cecair (LNG) global.

Akibatnya, harga bahan api dilaporkan meningkat di kebanyakan negara.

— BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI