Trump cadang Tim Cook ganti Jensen Huang terajui Nvidia

HomeBerita SemasaBusiness

Trump cadang Tim Cook ganti Jensen Huang terajui Nvidia

ISTANBUL/WASHINGTON,. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mencadangkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook, mengga

RAIS YATIM MENGAKU TIDAK BERSALAH ATAS TUDUHAN MENGHASUT
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, jangan lagi dipolitikkan – Zambry
​​​​​​​JKM siap siaga sepenuhnya berdepan Monsun Timur Laut

ISTANBUL/WASHINGTON,. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mencadangkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook, menggantikan Jensen Huang sebagai ketua Nvidia susulan peletakan jawatannya daripada syarikat pengeluar cip itu, lapor Anadolu Ajansi.

Menerusi hantaran di platform Truth Social, Trump memuji kepimpinan Huang sebelum menyatakan sokongannya terhadap Cook.

“Selepas CEO Nvidia Jensen Huang yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang meletakkan jawatan, hanya ada seorang yang layak menggantikannya iaitu Tim Cook dari Apple. Seorang legenda menggantikan seorang legenda!” tulis Trump.

Nvidia pada Khamis mengumumkan bahawa Huang meletakkan jawatan sebagai presiden, CEO dan anggota lembaga pengarah berkuat kuasa serta-merta, ketika siasatan bebas dijalankan berhubung laporan bahawa beliau menjadi sasaran operasi perisikan asing.

Syarikat itu melantik Ketua Pegawai Kewangan Colette Kress sebagai CEO sementara dan memaklumkan bahawa calon dari dalam serta luar syarikat akan dipertimbangkan bagi mengisi jawatan itu secara tetap.

Kress, yang menyertai Nvidia pada 2013, dijangka terus memikul tanggungjawab kewangan sedia ada selain menyelia operasi syarikat sepanjang tempoh peralihan kepimpinan.

Peletakan jawatan Huang menandakan perubahan besar dalam kepimpinan syarikat semikonduktor itu selepas menerajuinya selama 33 tahun.

Nvidia belum mendedahkan secara terperinci keadaan yang membawa kepada peletakan jawatannya. Lembaga pengarah syarikat sebelum ini menyatakan keyakinan terhadap Huang dan tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa keselamatan negara AS atau rahsia syarikat telah terjejas.

— BERNAMA-ANADOLU