PRN: FAHMI UCAP SELAMAT MENGUNDI KEPADA RAKYAT MELAKA

HomeFeaturedPolitik

PRN: FAHMI UCAP SELAMAT MENGUNDI KEPADA RAKYAT MELAKA

MELAKA,. Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil mengucapkan selamat mengundi kepada semua pengundi bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Mel

Sultan Nazrin berkenan sampaikan hadiah Tilawah, Hafazan Al-Quran peringkat Perak
Kes tikam pelajar: Remaja lelaki bebas tuduhan bunuh, ditempatkan di Hospital Bahagia
FAMA sasar jualan RM40 juta menerusi Semarak Syawal 1447@Pasar Tani di 722 lokasi

MELAKA,. Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil mengucapkan selamat mengundi kepada semua pengundi bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, esok.

Menerusi hantaran di Facebook, Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) turut memohon supaya pengundi memberikan sokongan dan kepercayaan kepada calon-calon gabungan berkenaan.

Beliau turut berkongsi serangkap pantun mengenai kepentingan memilih pemimpin negeri yang elok dan pandai.

Pada PRN Melaka kali ini, PH bertanding di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), diikuti Barisan Nasional (BN) (23), Parti Bersama Malaysia (Bersama) (16) dan Bersatu (tujuh).

Turut bertanding ialah Perikatan Nasional (PN) di lima kerusi DUN, Parti Pribumi Perkasa Malaysia (Putra) satu kerusi selain tiga individu bertanding sebagai calon Bebas.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 675,166 pengundi biasa layak menjalankan tanggungjawab pada hari pengundian esok, dengan jangkaan keluar mengundi mencecah 70 peratus.

Bagi mendapatkan berita terkini PRN Melaka ke- 16, layari https://election.bernama.com/prn/melaka/2026

— BERNAMA