Barisan Exco Melaka angkat sumpah jawatan esok – Ab Rauf

HomeFeaturedPolitik

Barisan Exco Melaka angkat sumpah jawatan esok – Ab Rauf

MELAKA,. Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka dijadual mengangkat sumpah jawatan esok, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yu

Pengambilan pekerja guna AI: Majikan perlu perkukuh verifikasi, pengawasan manusia – MEF
ASEAN sasar perdagangan intra-serantau 30 peratus menjelang 2030 – Mohamad
Polis serbu pusat panggilan love scam sasar warga Jepun, tahan 13 individu

MELAKA,. Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka dijadual mengangkat sumpah jawatan esok, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Esok angkat sumpah (Exco),” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Difahamkan, pertemuan selama kira-kira sejam bermula 11 pagi itu antara lain membincangkan usaha meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas wakil rakyat serta memantapkan penyelarasan menerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun).

Perbincangan turut menyentuh usaha meneruskan inisiatif Hari EXCO Bertemu Rakyat (HEBAT) serta memperkukuh kerjasama strategik dengan kementerian berkaitan.

Sementara itu, ADUN Paya Rumput Rafie Ahmad ketika ditemui pemberita berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan kerajaan negeri untuk menentukan wakil rakyat yang akan dilantik menganggotai barisan Exco.

Rafie yang memenangi kerusi berkenaan atas tiket PN berkata sebagai ahli Pas, beliau dididik supaya tidak meminta sebarang jawatan, namun bersedia melaksanakan amanah sebaik mungkin sekiranya diberi kepercayaan sebagai Exco.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 Sabtu lepas, gabungan BN dan PN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang 24 daripada 28 kerusi dipertandingan, manakala Pakatan Harapan (PH) pula memenangi empat kerusi.

— BERNAMA