SULTAN NAZRIN, TUANKU ZARA BERKENAN SERTAI ACARA LARIAN HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK 2026

HomeUncategorized

SULTAN NAZRIN, TUANKU ZARA BERKENAN SERTAI ACARA LARIAN HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK 2026

KUALA KANGSAR,. Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim hari ini berkenan bercemar duli menyertai Larian Hari Kepu

Why hairstyles are afraid of the truth
How landscape architectures can help you predict the future
17 cedera penerbangan Thailand-India alami gelora di udara

KUALA KANGSAR,. Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim hari ini berkenan bercemar duli menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak 2026, hari ini.

Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah, putera dan puteri Sultan Nazrin, iaitu Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya, serta adinda Sultan Nazrin Raja Datuk Seri Yong Sofia turut berangkat.

Hadir sama, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, barisan Exco kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan.

Larian yang bermula pada 6.40 pagi itu diadakan bersempena dengan Hari Keputeraan baginda ke-70 yang disambut pada 6 Nov lepas.

Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan melepaskan peserta bagi kategori 15 kilometer (km), 10 km dan 7 km.

Baginda bersama-sama Tuanku Zara kemudian berkenan melawat beberapa check point, termasuk menyaksikan persembahan tarian kebudayaan serta pameran aset dan demonstrasi pasukan keselamatan.

Sebelum berangkat pulang, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan menghadiri majlis jamuan santapan dan upacara penyampaian hadiah.

Acara itu yang memasuki edisi ke-12 tahun ini menarik penyertaan lebih 10,000 peserta dari seluruh negara.

Bagi kategori 15 km, pemenang tempat pertama menerima wang tunai RM800 berserta plak, tempat kedua RM700 dan plak, serta tempat ketiga RM600 dan plak. Bagi kategori 10 km, pemenang tempat pertama menerima RM600 dan plak, tempat kedua RM500 dan plak, manakala tempat ketiga RM400 dan plak.

Laluan acara kali ini melibatkan kawasan kampung di sekitar Mukim Sayong, Kota Lama Kanan, Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah serta beberapa lokasi lain yang diserikan dengan pelbagai ragam peserta termasuk memakai pakaian tradisional, pelbagai kostum menarik seperti karakter animasi dan filem.

Sepanjang laluan larian, pelbagai aktiviti dan persembahan disediakan termasuk permainan tradisional gasing dan sepak raga, demonstrasi labu sayong, persembahan rebana, gendang Cina dan India, serta stesen kuih-muih dan makanan tradisional Perak.

— BERNAMA