14 warga KKM berdepan detik cemas, bas dinaiki terbakar

HomeFeaturedBerita Semasa

14 warga KKM berdepan detik cemas, bas dinaiki terbakar

SEREMBAN,. Sebanyak 14 individu terdiri daripada 13 warga Kementerian Kesihatan (KKM) dan seorang pemandu berdepan detik cemas apabila bas milik kemen

Pelancaran global filem Taj Mahal bukti Malaysia hab budaya, diplomasi serantau – Anwar
Tentera Darat perketat kawalan sempadan, kekang penyeludupan menjelang Aidiladha
Hong Kong terima 50 juta pelawat pada 2025, ketibaan pelawat Malaysia naik enam peratus

SEREMBAN,. Sebanyak 14 individu terdiri daripada 13 warga Kementerian Kesihatan (KKM) dan seorang pemandu berdepan detik cemas apabila bas milik kementerian itu terbakar di bahu jalan kawasan Rehat dan Rawat Senawang arah selatan hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Fazli Ali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12 tengah hari sebelum jentera tiba di lokasi pada 12.16 tengah hari.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi, bas yang dalam perjalanan dari Putrajaya ke Melaka itu sedang terbakar dengan api marak di tepi jalan.

“Kesemua 14 individu di dalam bas berkenaan dapat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan, dan kemusnahan bas itu kira-kira 85 peratus,” katanya kepada BERNAMA.

Fazli berkata sebanyak 19 anggota dan dua pegawai terlibat dalam operasi berkenaan dengan kekuatan aset terdiri daripada dua jentera Fire Rescue Tender, sebuah jentera tangki air dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Seremban serta Seremban 2.

Beliau berkata kebakaran dapat dikawal pada 12.20 tengah hari manakala operasi tamat sepenuhnya pada 1.19 tengah hari.

— BERNAMA