SPRM RAKAM PERCAKAPAN PEGAWAI MENTERI BANTU SIASATAN PAJAKAN TANAH KLSCAH

HomeFeaturedBerita Semasa

SPRM RAKAM PERCAKAPAN PEGAWAI MENTERI BANTU SIASATAN PAJAKAN TANAH KLSCAH

KUALA LUMPUR,. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam percakapan seorang pegawai kepada seorang menteri bagi membantu siasatan

MAJLIS HALAL MALAYSIA-INDONESIA DITUBUH, MESYUARAT PERTAMA OKTOBER – AHMAD ZAHID
Kapal tangki minyak meletup di Selat Hormuz selepas terlanggar periuk api – Media Iran
Singapura catat penurunan kerugian berkaitan penipuan pada 2025

KUALA LUMPUR,. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam percakapan seorang pegawai kepada seorang menteri bagi membantu siasatan berhubung kontroversi lanjutan tempoh pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

SPRM dalam kenyataan memaklumkan rakaman percakapan itu dijalankan di Ibu Pejabat SPRM di sini dan berlangsung selama lima jam bermula 10 pagi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata pegawai berkenaan dipanggil bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Pada masa yang sama, SPRM juga akan memulakan siasatan berhubung isu tatakelola sekiranya ada,” menurut kenyataan itu.

Semua pihak diseru agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang supaya siasatan dapat berjalan lancar memandangkan ia masih di peringkat awal.

SPRM turut menegaskan tidak akan berkompromi dan akan melaksanakan siasatan secara bebas, adil serta berlandaskan undang-undang.

— BERNAMA