
3,332 kes COVID-19 di seluruh negara semalam – Dr Noor Hisham
KUCHING,. Sejumlah 3,332 kes positif COVID-19 baharu dicatatkan di seluruh negara pada hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (gambar) menerusi laman Twitter memaklumkan Selangor mencatatkan 1,083 kes, Sarawak (522) dan Kelantan (401).
Di negeri lain, jumlah kes adalah seperti berikut:-
WP KL (359)
Johor (207)
Pulau Pinang (158)
Sabah (131)
Negeri Sembilan (111)
Kedah (105)
Pahang (92)
Perak (91)
Melaka (43)
Terengganu (19)
WP Putrajaya (9)
Perlis (1)
Di Wilayah Persekutuan Labuan tiada kes baharu.
CATEGORIES FEATURES