
COVID-19: 4,262 kes baharu dengan 40 kematian
KUALA LUMPUR : Malaysia melaporkan 4,262 kes baharu COVID-19 sepanjang 24 jam yang lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik itu melanda kini sebanyak 2,663,034.
Berdasarkan perkongsian data COVIDNOW, kadar kematian baharu setakat tengah malam tadi adalah sebanyak 40 kes menjadikan angka kumulatif kematian sebanyak 30,614 kes.
Jumlah itu juga termasuk 10 kes kematian brought-in-dead (BID).
Pada 6 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,262 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,663,034 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/gUfwVgPqVH
Sebahagian besar kes yang dilaporkan masih membabitkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.2 peratus. Manakala selebihnya pula terdiri daripada pesakit kategori 3,4, dan 5 iaitu sebanyak 1.8 peratus atau bersamaan 78 kes.
Unit Rawatan Rapi ketika ini menempatkan seramai 463 kes dan daripada jumlah itu juga, 249 kes memerlukan bantuan pernafasan. Mengenai kes sembuh, angka yang dilaporkan hari ini melebihi jumlah kes baharu iaitu 5,894 kes dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 2,572,053.
-Agensi